Welcome and thank you for viewing Sri Beringin blog

SoS IkAn BaKaR sErBa GuNa...............'SEKALI RASA,INGAT SELALU'...........!!!!!

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

Assalamualaikum...aduhai lamanya tak update blog ni.......bulan puasa ni banyak program berkaitan  sumbangan dan majlis berbuka puasa..untuk golongan yg kekurangan, anak2 yatim, ibu-ibu tunggal juga yg kurang upaya.Tak semua program tu dapat follow..almaklum sebagai ajk KOBERA, kami kena la pergi..untuk memberi sokongan kepada YB kita.......

Untuk itu, Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga dilindungi Allah sentiasa walau dimana kita berada.......

Salam Sayang,
Kam

Wednesday, July 27, 2011

MAHA NS 2011

Assalamualaikum.  first time jadi peserta ekspo di MAHA NS 2011...pehh penat nyer. But love my mom so much!...penat pun masih steady.................. Apa pun syukur kehadrat Ilahi yang MAHA Memberi, Mengasihani ,Pemurah. Adil , maha mengetahui akan sesuatu  kejadian.
Seronoknyer....dapat jumpa kengkawan lamo yang samo kojo dulu..........


Harini ada kelas coklat lagi dengan group dari Nilai. Semoga mereka semua dapat ilmu lagi hari ini...Gambar tak sempat ambil...pada mereka yg sempat ambil gambar tadi, share le dg saya ya! Semangat mencari ilmu sambil2 melayan anak-anak. tabik sama u all semua!



Terima kasih.

Sunday, July 3, 2011

Kelas Cheese Cake @ Kolej Komuniti Jelebu

assalamualaikum,  ingatkan susah nak buat cheese cake....tapi la senang nya dan sedapnyaaaaaaaa!







Kelas Coklat @ Kolej Komuniti Jelebu

Assalamualaikum semua..........semoga sihat-sejahtera adanya, insyallah. Kak Kam @ Kak Intan sibuk sikit sekarang ni kerana menguruskan SoS IkAn BaKaR........






Harini ada kelas coklat...seronok dengan group ni, semuanya sporting, rajin dan kreatif tapi...kerana masalah teknikal (suhu peti sejuk) ada coklat yang tak menjadi...kesian...takpa ya adik-kakak-makcik-makngah....skill dah dapat cuma praktik saja dirumah...cuma ingat pesan saya ya....kalau dalam petisejuk tu ada belacan/tempoyak dll.....coklat tu akan ..............Jika ada yang tak faham atau nak bertanya....boleh saja, rujuk nota untuk no tel saya.......
Terima kasih semua..Makngah Normah, kak khalijah, norasiah, sarmila, mazilah, faridah, salmah, noraidah, sariyah, kadariah, norizan dan siti nor izzati. Selamat mencuba.......

Thursday, June 23, 2011

SERONOKNYA..............

Assalamualaikum. Harini ada "bengkel coklat"...nampak cam seronok je diorang ni....Raya tahun ni.....ada yg plan nak buat coklat...bagus le tu..yg paling diminati coklat oreo dan coco-crunch. Yang tak digemari..dah tentu coklat gelap tu...hehehe pahit-pahit manis...
Kalau bab deco-deco..semua minat nak mewarna-warni .........Terimakasih  pada Cik Azie dari risda juga...peserta2 harini.....
norhafilah, siti munida, kamalia, fatimah, norhayati, jasmalina, siti rohani, nor intan, paridah dan rohaya.





Wednesday, June 22, 2011

SOS IKAN BAKAR TAPI SERBAGUNA

Namanya memang Sos Ikan Bakar tapi boleh dipelbagaikan mengikut citarasa antaranya dengan ayam,daging, goreng mee/bihun, sos pencicah..........cekodok pun boleh. Disebabkan takda bahan pengawet... ianya bertahan sebulan je...simpan dalam petisejuk ye!

Macam harini...ayam kampung masak sop ni...colek je dgn sos  tu....sedap.  Buat sambal peria dengan hati ayam menggunakan sos ikan bakar......petang nanti nak goreng bihun pun dengan sos ikan bakar ni..........so, jangan tak cuba!....




MEMASAK-TAK PERLU BERBELANJA LEBIH, CUKUP APA YANG ADA

Assalamualaikum,
kak intan suka memasak....tak kiralah apa, tak kira le bahan cukup ke tak asal yang basic nya ada cukuplah..............bukan apa cuma terfikir bagaimana orang yg serba kekurangan menyediakan makanan untuk keluarga mereka. hmmmmmmmmmm


masak asam kangkung n pisang
bahan:  asam keping, garam, ikan bilis.
cara: rebus je sume tu
 

Rendang pucuk ubi
bahan: pucuk ubi, (cili api, bawang merah,putih,
halia, serai -belender) asam keping , garam, santan n kerisik
cara: pucuk ubi rebus + garam + gula sikit.
Masak kuah dulu, dah agak nak kering masuk le
 pucuk ubi yg dah direbus  tadi...dan kerisik, sangai le sampai mersik.



SELAMAT MENCUBA.........................